Pembangunan Model Gamifikasi Konstruktivisme bagi Transformasi Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu
Loading...
Date
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Malaysia Association of Research and Education for Educators (MAsREE)
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai secara konseptual Model Gamifikasi Konstruktivisme bagi transformasi pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di sekolah menengah. Pendekatan ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dan kurang menggalakkan pembelajaran aktif serta motivasi murid. Gamifikasi yang menggabungkan elemen permainan seperti ganjaran, cabaran dan maklum balas segera, diterapkan
dalam kerangka teori konstruktivisme untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan bermakna. Menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) berasaskan model ADDIE, kajian ini melalui fasa analisis, reka bentuk dan pembangunan model, termasuk satu kajian rintis terhadap 37 orang murid Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Sarawak. Dapatan awal menunjukkan peningkatan positif terhadap penguasaan kosa kata (25%), pembinaan ayat (27%) dan tatabahasa (28%), serta peningkatan motivasi dan pelibatan murid dalam bilik darjah. Artikel ini membentangkan asas teori, reka bentuk konseptual serta bukti awal potensi model sebagai instrumen transformasi pedagogi tatabahasa yang lebih menyeronokkan, reflektif
dan berpusatkan murid. Kajian ini mencadangkan agar model ini diperluas kepada kemahiran bahasa yang lain bagi memperkukuh transformasi pedagogi Bahasa Melayu secara menyeluruh.
Description
Keywords
Citation
Socradji, L., Subet, M. F., & Hassan, S. (2026). Pembangunan Model Gamifikasi Konstruktivisme bagi Transformasi Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 3(1), 119-130.
