LEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN MAMPAN: PENCAPAIAN 26 TAHUN IBAN LAWAS

dc.citation.volume-
dc.contributor.authorRubiah Ajan
dc.contributor.corporateRUBIAH ANAK AJAN
dc.contributor.departmentFaculty of Social Sciences and Humanities
dc.date.accessioned2026-06-09T01:58:47Z
dc.date.issued2026-05-21
dc.description.abstractNaskhah ini membincangkan tentang pembangunan Kampung Meragang sebagai sebuah model penempatan komuniti Iban di daerah Lawas yang serba kekurangan kepada penempatan yang mempunyai infrustrutur yang baik dan sangat berpotensi. Kejayaan transformasi ini merupakan kejayaan semua pihak yang berjaya mengintegrasikan elemen tradisi dengan tuntutan moderniti. Komitmen dan sokongan berterusan daripada kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak menjadi pemangkin utama kepada evolusi landskap pembangunan yang inklusif dan holistik di kawasan luar bandar khususnya di daerah Lawas. Perbincangan dalam buku ini bermula daripada naratif migrasi dan pembentukan petempatan penduduk yang penuh dengan semangat perjuangan pada akhir dekad 1990-an. Transformasi sosioekonomi penduduk kampung turut dibincangkan dalam konteks pembangunan inklusif di Sarawak. Melalui lensa Antropologi dan Sosiologi, buku ini turut mendokumenkan pencapaian modal insan melalui mobilisasi pendidikan tinggi dalam kalangan belia. Selain itu, impak pelaksanaan projek komuniti berimpak tinggi seperti inisiatif agromakanan dan industri ladang keju turut diketengahkan oleh penulis. Perbincangan turut diperluas kepada cadangan penyelidikan terhadap aspek ekosistem semulajadi yang berfungsi sebagai makmal biodiversiti dan pangkalan data etnobotani bagi penyelidikan klinikal serta saintifik bertaraf nasional. Selain itu, buku ini juga memberikan tumpuan kepada dinamika sosiokultural melalui sambutan perayaan Hari Gawai Dayak sebagai instrumen integrasi nasional dan co-existence antara kaum dalam masyarakat majmuk di Lawas. Seiring dengan arus kemodenan, intipati buku ini juga menyelitkan prospek masa hadapan menerusi pengintegrasian Kecerdasan Buatan (AI) dan pendigitalan luar bandar yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan ini, penulisan ini boleh dijadikan rujukan kepada pembuat dasar, penyelidik, dan pengamal pembangunan dalam memahami strategi pemerkasaan komuniti minoriti yang mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran global.
dc.description.booktypeAcademic Publication
dc.description.referencesUncontrolled Keywords: komuniti Iban, pembangunan Kampung Meragang, evolusi landskap pembangunan, daerah Lawas.
dc.description.statusPublished
dc.format.extent59
dc.identifier.citationAjan, R. (2026). LEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN MAMPAN: PENCAPAIAN 26 TAHUN IBAN LAWAS. Perpustakaan Negara Malaysia.
dc.identifier.emailarubiah@unimas.my
dc.identifier.isbn9786299231202
dc.identifier.urihttps://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/807
dc.publisherPerpustakaan Negara Malaysia
dc.titleLEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN MAMPAN: PENCAPAIAN 26 TAHUN IBAN LAWAS
dc.type.statusYes

Files

Original bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
LEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN.pdf
Size:
8.16 MB
Format:
Adobe Portable Document Format

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description:

Collections