LEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN MAMPAN: PENCAPAIAN 26 TAHUN IBAN LAWAS
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Perpustakaan Negara Malaysia
Abstract
Naskhah ini membincangkan tentang pembangunan Kampung Meragang sebagai sebuah model penempatan komuniti Iban di daerah Lawas yang serba kekurangan kepada penempatan yang mempunyai infrustrutur yang baik dan sangat berpotensi. Kejayaan transformasi ini merupakan kejayaan semua pihak yang berjaya mengintegrasikan elemen tradisi dengan tuntutan moderniti. Komitmen dan sokongan berterusan daripada kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak menjadi pemangkin utama kepada evolusi landskap pembangunan yang inklusif dan holistik di kawasan luar bandar khususnya di daerah Lawas. Perbincangan dalam buku ini bermula daripada naratif migrasi dan pembentukan petempatan penduduk yang penuh dengan semangat perjuangan pada akhir dekad 1990-an. Transformasi sosioekonomi penduduk kampung turut dibincangkan dalam konteks pembangunan inklusif di Sarawak. Melalui lensa Antropologi dan Sosiologi, buku ini turut mendokumenkan pencapaian modal insan melalui mobilisasi pendidikan tinggi dalam kalangan belia. Selain itu, impak pelaksanaan projek komuniti berimpak tinggi seperti inisiatif agromakanan dan industri ladang keju turut diketengahkan oleh penulis. Perbincangan turut diperluas kepada cadangan penyelidikan terhadap aspek ekosistem semulajadi yang berfungsi sebagai makmal biodiversiti dan pangkalan data etnobotani bagi penyelidikan klinikal serta saintifik bertaraf nasional. Selain itu, buku ini juga memberikan tumpuan kepada dinamika sosiokultural melalui sambutan perayaan Hari Gawai Dayak sebagai instrumen integrasi nasional dan co-existence antara kaum dalam masyarakat majmuk di Lawas. Seiring dengan arus kemodenan, intipati buku ini juga menyelitkan prospek masa hadapan menerusi pengintegrasian Kecerdasan Buatan (AI) dan pendigitalan luar bandar yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan ini, penulisan ini boleh dijadikan rujukan kepada pembuat dasar, penyelidik, dan pengamal pembangunan dalam memahami strategi pemerkasaan komuniti minoriti yang mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran global.
Description
Keywords
Citation
Ajan, R. (2026). LEGASI, IMPAK DAN KEPIMPINAN MAMPAN: PENCAPAIAN 26 TAHUN IBAN LAWAS. Perpustakaan Negara Malaysia.
