KESEDARAN DAN AMALAN KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI BERBANGSA BUMIPUTERA SABAH

dc.contributor.authorMOHAMMAD FITRI BIN NAWIR
dc.date.accessioned2026-08-21T07:09:33Z
dc.date.issued2025
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meneroka tahap kesedaran dan amalan kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti berbangsa Bumiputera Sabah. Isu kesihatan mental semakin membimbangkan, terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang sering berhadapan dengan tekanan akademik, cabaran kewangan, dan perubahan persekitaran sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologi dan melibatkan enam orang pelajar Bumiputera Sabah dari pelbagai latar belakang akademik di Universiti Malaysia Sarawak. Kaedah temu bual mendalam digunakan untuk mengumpul data, manakala analisis tematik digunakan bagi mengenal pasti tema-tema utama dalam dapatan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar menyedari kepentingan kesihatan mental, namun masih wujud kekangan dalam mengamalkan penjagaan yang menyeluruh, termasuk stigma sosial, persepsi budaya dan akses kepada perkhidmatan kaunseling. Kajian ini turut menunjukkan bahawa pelajar cenderung menggunakan strategi kendiri seperti mendengar muzik, bersenam dan berbual dengan rakan sebagai cara mengurus tekanan. Kajian ini menyarankan agar pendekatan sokongan kesihatan mental yang lebih mesra budaya dan mudah dicapai diperkenalkan dalam institusi pengajian tinggi bagi menyokong kesejahteraan pelajar Bumiputera Sabah secara holistik.
dc.identifier.urihttps://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/1739
dc.language.isoBahasa Melayu
dc.publisherUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
dc.relation.ispartofseriesFaculty of Cognitive Sciences and Human Development
dc.subjectKesihatan mental, kesedaran, amalan, pelajar universiti, Bumiputera Sabah, kaunseling, sokongan sosial
dc.titleKESEDARAN DAN AMALAN KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI BERBANGSA BUMIPUTERA SABAH
dc.typeFinal Year Project

Files

Original bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
FYP_MOHAMMAD FITRI BIN NAWIR.pdf
Size:
906.56 KB
Format:
Adobe Portable Document Format

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: