KESEDARAN DAN AMALAN KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI BERBANGSA BUMIPUTERA SABAH

Loading...
Thumbnail Image

Date

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Abstract

Description

Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap kesedaran dan amalan kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti berbangsa Bumiputera Sabah. Isu kesihatan mental semakin membimbangkan, terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang sering berhadapan dengan tekanan akademik, cabaran kewangan, dan perubahan persekitaran sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologi dan melibatkan enam orang pelajar Bumiputera Sabah dari pelbagai latar belakang akademik di Universiti Malaysia Sarawak. Kaedah temu bual mendalam digunakan untuk mengumpul data, manakala analisis tematik digunakan bagi mengenal pasti tema-tema utama dalam dapatan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar menyedari kepentingan kesihatan mental, namun masih wujud kekangan dalam mengamalkan penjagaan yang menyeluruh, termasuk stigma sosial, persepsi budaya dan akses kepada perkhidmatan kaunseling. Kajian ini turut menunjukkan bahawa pelajar cenderung menggunakan strategi kendiri seperti mendengar muzik, bersenam dan berbual dengan rakan sebagai cara mengurus tekanan. Kajian ini menyarankan agar pendekatan sokongan kesihatan mental yang lebih mesra budaya dan mudah dicapai diperkenalkan dalam institusi pengajian tinggi bagi menyokong kesejahteraan pelajar Bumiputera Sabah secara holistik.

Citation

Endorsement

Review

Supplemented By

Referenced By