PENGGUNAAN TEORI AL-GHAZALI DALAM MEMBANTU PERUBAHAN KOGNITIF, TINGKAH LAKU DAN SPIRITUAL DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) SARAWAK

Loading...
Thumbnail Image

Date

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Abstract

Description

Kajian ini bertujuan meneroka keberkesanan penggunaan teori kaunseling al-Ghazali dalam membantu perubahan kognitif, tingkah laku dan spiritual dalam kalangan pelajar Muslim di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sarawak. Menggunakan pendekatan kualitatif, lima orang peserta dipilih secara bertujuan dan menjalani tiga sesi kaunseling individu. Data dikumpul melalui temubual semi-berstruktur dan jurnal refleksi, dan dianalisis menggunakan kaedah tema. Hasil kajian menunjukkan wujud perubahan positif yang ketara dalam pemikiran, amalan rohani, dan tingkah laku harian peserta. Elemen-elemen seperti muhasabah, tazkiyat al-nafs, muraqabah dan sabar memberi impak yang besar dalam transformasi diri peserta. Kajian ini menyarankan integrasi kaunseling berasaskan nilai Islam dalam sistem pendidikan tinggi sebagai pendekatan holistik untuk kesejahteraan pelajar Muslim.

Citation

Endorsement

Review

Supplemented By

Referenced By