Keintelektualan dalam Lagu-lagu Melayu Sarawak = (The Intellectualism in Sarawak Malay Songs)
Loading...
Date
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Lagu bukan sekadar merupakan medium hiburan yang sarat dengan unsur estetika, malah turut mengandungi nilai intelektual dan mesej yang berfokus kepada kelompok audiens
tertentu atau khalayak umum. Penyebaran mesej menerusi lagu merupakan satu strategi berbahasa oleh pencipta dan penulis lirik dalam berkongsi hasrat serta berfungsi mendidik dan
menasihati, menyampaikan kritikan sosial, serta berkongsi nilai kehidupan dan moral. Dalam konteks lagu-lagu Melayu di Sarawak, penciptaan dan penulisan liriknya dilihat signifikan untuk
diteliti kerana ia bukan sahaja memiliki mesej tersendiri, malah kaya dengan nilai intelektual. Menerusi pendekatan kualitatif dan kaedah analisis teks menggunakan lirik-lirik lagu Melayu
Sarawak terpilih, kajian ini bertujuan menelusuri unsur keintelektualan dalam lirik lagu Melayu Sarawak. Hasil kajian menunjukkan bahawa unsur keintelektualan dalam lagu-lagu Melayu
Sarawak merentasi konsep intelektual yang umum kerana di dalamnya terkandung pemikiran dan falsafah hidup, nasihat dan pengajaran, kearifan budaya, dialek dan penyampaian tersendiri,
serta unsur kerohanian masyarakat setempat. Dapatan kajian juga menunjukkan refleksi pemikiran kritis dan reflektif pengkarya lagu terhadap kehidupan dan budaya masyarakat Melayu
Sarawak. Kajian ini menyumbang kepada usaha pemeliharaan warisan budaya dan pengukuhan jati diri bangsa melalui lagu Melayu Sarawak yang sarat dengan nilai ilmu, mesej bermakna dan
identiti tempatan.
Description
Keywords
Citation
Hamidah, A. W., Rosnah, M., Siti Marina, K., Remmy, G., Santrol, A., & Ting, S. H. (2026, July 11). Keintelektualan dalam lagu-lagu Melayu Sarawak (The intellectualism in Sarawak Malay songs). In 7th International Conference on Management, Education, Social Sciences and Innovation 2026 (ICMESSI2026), Kuala Lumpur.
