Meneroka Pengalaman Perkhidmatan e-Kaunseling Plus Vibe dalam Kalangan Pelajar Unimas
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Abstract
Description
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terhadap penggunaan platform e-kaunseling Plus Vibe. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui temu bual separa berstruktur melibatkan enam orang pelajar yang pernah menggunakan perkhidmatan ini. Fokus utama kajian ini adalah untuk memahami pengalaman pelajar dalam mengakses dan menggunakan platform, interaksi mereka dengan kaunselor serta cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Plus Vibe menawarkan akses yang mudah, fleksibiliti dari segi masa dan lokasi serta ciri-ciri mesra pengguna yang menyokong kesejahteraan emosi pelajar. Interaksi bersama kaunselor turut dinilai dan mendapat kesan yang positif dari segi profesionalisme dan sokongan yang diberikan. Namun begitu, beberapa cabaran turut dikenal pasti termasuk isu sambungan internet, kebimbangan terhadap privasi, gangguan persekitaran dan ketidaktentuan penjadualan sesi. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap penambahbaikan perkhidmatan e-kaunseling di institusi pengajian tinggi serta memperkukuh peranan teknologi dalam menyokong kesihatan mental pelajar.
