Pantun Iban: Jejak Warisan dan Nilai Hidup
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit Lembaga Literasi Dayak
Abstract
Abstrak
Pantun Iban: Jejak Warisan dan Nilai Hidup merupakan sebuah karya yang menghimpunkan dan mendokumentasikan pantun Iban sebagai salah satu bentuk warisan lisan yang mencerminkan pemikiran, pengalaman, budaya dan nilai kehidupan masyarakat Iban. Buku ini memperkenalkan latar belakang pantun Iban, jenis-jenis pantun serta tema yang terkandung di dalamnya, di samping mengetengahkan konteks penggunaan pantun dalam kehidupan masyarakat. Pantun bukan sekadar bentuk hiburan atau permainan bahasa, malah berfungsi sebagai medium penyampaian nasihat, teguran, pendidikan, penghargaan, kasih sayang, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pandangan hidup.
Melalui penelitian terhadap kandungan dan makna pantun, buku ini memperlihatkan bagaimana penggunaan bahasa yang indah, simbolik dan berlapis dapat menyampaikan pemikiran serta kebijaksanaan masyarakat Iban secara tersirat dan berkesan. Pantun juga memperlihatkan hubungan yang erat antara bahasa, alam, budaya dan kehidupan seharian masyarakat. Nilai seperti hormat-menghormati, kerjasama, tanggungjawab, kasih sayang, kesantunan, kebijaksanaan dan keharmonian sosial dapat ditelusuri melalui ungkapan-ungkapan pantun yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Selain mendokumentasikan khazanah kesusasteraan lisan Iban, buku ini berusaha mengekalkan pengetahuan dan nilai budaya agar terus difahami, dihargai dan diwarisi oleh generasi muda. Buku ini juga dapat menjadi bahan rujukan kepada penyelidik, pendidik, pelajar serta masyarakat yang berminat terhadap bahasa, kesusasteraan, budaya dan identiti Iban. Secara keseluruhannya, Pantun Iban: Jejak Warisan dan Nilai Hidup memperlihatkan bahawa pantun merupakan khazanah intelektual dan budaya yang bukan sahaja mengabadikan jejak kehidupan masyarakat Iban, malah terus relevan dalam membentuk pemahaman tentang identiti, nilai dan kehidupan masyarakat pada masa kini.
Description
Keywords
Citation
Ganing, P., & Joan, A. (n.d.). Pantun Iban: Jejak Warisan dan Nilai Hidup. Penerbit Lembaga Literasi Dayak.
