RENTAP DALAM PENULISAN BARAT DAN TIMUR: ANALISIS ORIENTALISME EDWARD SAID
Loading...
Date
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini meneliti representasi tokoh Rentap dalam penulisan Barat dan Timur dengan menggunakan kerangka Orientalisme yang diperkenalkan oleh Edward Said (1978). Rentap merupakan tokoh pejuang Iban yang sering digambarkan secara berbeza dalam pelbagai teks sejarah, kolonial dan tempatan. Penulisan Barat lazimnya memaparkan Rentap sebagai pemberontak, lanun dan pengacau keamanan yang menentang pemerintahan Brooke, manakala penulisan Timur pula mengangkat beliau sebagai wira peribumi yang mempertahankan maruah, adat dan kedaulatan tanah air. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan representasi Rentap dalam kedua-dua tradisi penulisan tersebut di samping mengenal pasti unsur-unsur orientalisme yang mempengaruhi pembentukan imej tokoh berkenaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis teks terhadap karya-karya terpilih yang membicarakan Rentap daripada perspektif Barat dan Timur. Data dianalisis berdasarkan konsep Orientalisme Edward Said yang meneliti hubungan kuasa, dominasi kolonial dan pembinaan imej masyarakat Timur oleh Barat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penulisan Barat banyak dipengaruhi oleh wacana kolonial yang menjustifikasikan penjajahan melalui pelabelan negatif terhadap masyarakat peribumi, termasuk Rentap. Sebaliknya, penulisan Timur berusaha melakukan penilaian semula terhadap tokoh tersebut dengan menonjolkan aspek kepahlawanan, perjuangan dan identiti tempatan. Kajian ini penting dalam memperkukuh pemahaman tentang sejarah dan kearifan tempatan Borneo serta membuka ruang kepada pembacaan semula teks sejarah dari perspektif pascakolonial.
Description
Keywords
Citation
Tuah, D. (2026). RENTAP DALAM PENULISAN BARAT DAN TIMUR: ANALISIS ORIENTALISME EDWARD SAID. Seminar Kearifan Tempatan Borneo Ke-2, (pp. 1-16). Dewan Mutiara, Universiti Malaysia Sarawak.
