Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu

dc.contributor.authorMohd Ridzuan bin Md Nasir
dc.date.accessioned2026-10-06T07:35:21Z
dc.date.issued2019
dc.descriptionPelbagai usaha telah dilakukan untuk melestarikan kelangsungan peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, semua usaha ini dilihat haruslah bermula pada peringkat sekolah lagi. Semantik inkuisitif merupakan satu pendekatan kajian makna peribahasa yang melibatkan data, teori, kognitif, falsafah dan akal budi dapat digunakan untuk memahami makna peribahasa sehingga akar umbi. Kajian ini bertujuan menggabungjalinkan pendekatan semantik inkuisitif dengan kandungan pengajaran peribahasa melalui pendidikan subjek Bahasa Melayu. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan data peribahasa yang diambil daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan satu hingga tingkatan lima. Data peribahasa ini dikelaskan mengikut tema-tema yang diperoleh daripada kamus peribahasa. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan mengikut kesesuaian konteks pengajaran subjek Bahasa Melayu. Penganalisisan ini juga menggunakan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan buku-buku teks Bahasa Melayu sekolah menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengesahan data. Hasil kajian ini mendapati dengan penggabungjalinan semantik inkuisitif ke dalam kandungan pengajaran peribahasa, pengkaji dapat mencungkil falsafah dan akal budi penutur jati di sebalik makna harfiah peribahasa tersebut dan menjadikan kandungan pembelajaran peribahasa lebih bermakna. Kajian seperti ini dilihat dapat memperkenalkan satu pendekatan baharu pengajaran peribahasa di samping membantu guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah.
dc.identifier.urihttps://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/2798
dc.language.isoBahasa Melayu
dc.publisherUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
dc.relation.ispartofseriesFaculty of Education, Language and Communication
dc.titleSemantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu
dc.typeMasters

Files

Original bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Thesis Master_Mohd Ridzuan bin Md Nasir.pdf
Size:
2.63 MB
Format:
Adobe Portable Document Format

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: