Meneroka Isu Perkahwinan Bawah Umur Dari Perspektif Undang- Undang Perkahwinan Adat di Sarawak

dc.contributor.authorFlavia Ary Sahwa Anak Kemarau
dc.date.accessioned2026-05-06T08:52:36Z
dc.date.issued2025
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk meneroka isu perkahwinan bawah umur dari perspektif undang-undang perkahwinan adat di Sarawak. Kajian ini memberi fokus kepada perkahwinan bawah umur yang berkahwin menggunakan undang-undang perkahwinan adat Iban. Seramai sepuluh orang informan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu enam individu yang berkahwin di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban dan kategori empat orang tuai rumah dan penghulu kampung terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk fenomenologikal bagi memahami pengalaman informan berkaitan dengan isu perkahwinan bawah umur dari perspektif undang-undang perkahwinan adat Iban di Sarawak. Hasil kajian mendapati majoriti daripada informan kategori individu yang berkahwin di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban kurang mempunyai pengetahuan dan pemahaman terhadap undang-undang perkahwinan adat Iban. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa kesemua informan kategori tuai rumah dan penghulu kampung mempunyai pengetahuan serta pemahaman yang agak baik terhadap undang-undang perkahwinan adat Iban dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan perkahwinan di bawah umur di bawah undang-undang perkahwinan adat Iban. Berdasarkan kajian ini, diharapkan supaya cadangan untuk melaksanakan kursus pra-perkahwinan kepada individu yang berhasrat untuk berkahwin menggunakan adat Iban bagi membantu memperkenalkan undang-undang perkahwinan adat Iban serta mempersiapkan pasangan tersebut untuk menghadapi kehidupan selepas berkahwin.
dc.identifier.urihttps://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/659
dc.language.isoBahasa Melayu
dc.publisherUniversiti Malaysia Sarawak
dc.relation.ispartofseriesFaculty of Social Sciences and Humanities
dc.subjectMarriage law—South East Asia- Sarawak, Customary law
dc.titleMeneroka Isu Perkahwinan Bawah Umur Dari Perspektif Undang- Undang Perkahwinan Adat di Sarawak
dc.typeMasters

Files

Original bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Thesis Master_Flavia Ary Sahwa.dspace.pdf
Size:
2.66 MB
Format:
Adobe Portable Document Format

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: