Penguasaan dan Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Melanau Balingian di Mukah, Sarawak: Satu Kajian Awal

dc.citation.epage20
dc.citation.issue1
dc.citation.spage1
dc.citation.volume30
dc.contributor.authorNoor Saadah Salleh
dc.contributor.authorAdib Zakwan Al-Qayyum Shabuddin
dc.contributor.authorZuraidah Jantan
dc.contributor.authorNurul Afnieza Md Zain
dc.contributor.authorSantrol Abdullah
dc.contributor.authorNur Faaizah Md Adam
dc.contributor.departmentFaculty of Education, Language and Communication
dc.date.accessioned2026-07-01T03:54:37Z
dc.date.issued2026
dc.description.abstractKajian ini bertujuan meneliti corak pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Melanau Balingian di Mukah, Sarawak. Peralihan bahasa dalam komuniti minoriti dilihat semakin ketara akibat daripada pengaruh pendidikan, agama, dan interaksi sosial. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kedudukan dialek Melanau Balingian (DMB) berbanding dialek Melanau Mukah (DMM), bahasa Melayu (BM), dan dialek Melayu Sarawak (DMS) dalam pelbagai domain kehidupan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif yang melibatkan kaedah soal selidik dan tinjauan lapangan berasaskan konsep domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972). Seramai 48 penutur natif Melanau Balingian terlibat sebagai responden melalui pensampelan rawak mudah. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa BM dominan dalam domain pendidikan dan agama, manakala DMM lebih dominan dalam domain kekeluargaan dan kejiranan. Sebaliknya, DMB semakin berkurangan penggunaannya dan lebih banyak digunakan dalam interaksi dengan generasi tua serta dalam konteks tradisi seperti majlis kematian. DMS pula digunakan sebagai bahasa penghubung antara etnik, khususnya dalam interaksi sosial. Selain itu, fenomena percampuran kod didapati berlaku dengan kadar yang tinggi, terutama dalam domain sosial dan keagamaan, yang mana telah memperlihatkan multilingualisme aktif dalam kalangan komuniti ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kedudukan DMB berada dalam keadaan terancam dan terpinggir kerana lebih didominasi oleh DMM dan BM. Implikasinya, pemeliharaan DMB memerlukan usaha yang lebih serius melalui pendidikan, dokumentasi, dan pengukuhan fungsi dalam konteks budaya agar identiti linguistik masyarakat Melanau Balingian tidak hilang ditelan arus peralihan bahasa.
dc.description.referencesUncontrolled Keywords: Pemilihan bahasa, kontak bahasa, bahasa Melanau Balingian, domain Fishman, Sarawak.
dc.description.statusPublished
dc.identifier.citationSalleh, N. S., Shabuddin, A. Z.-Q., Jantan, Z., Md Zain, N. A., Abdullah, S., & Md Adam, N. (2026). Penguasaan dan Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Melanau Balingian di Mukah, Sarawak: Satu Kajian Awal. Jurnal Linguistik, 30(1), 1-20.
dc.identifier.emailasantrol@unimas.my
dc.identifier.issn1823-9242
dc.identifier.urihttps://plm.org.my/wp-content/uploads/2026/05/1.-Penguasaan-dan-Pemilihan-Bahasa-dalam-Kalangan-Masyarakat-Melanau-Balingian-di-Mukah-Sarawak-Satu-Kajian-Awal.pdf
dc.identifier.urihttps://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/1023
dc.publisherPersatuan Linguistik Malaysia (PLM)
dc.relation.ispartofJurnal Linguistik
dc.titlePenguasaan dan Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Melanau Balingian di Mukah, Sarawak: Satu Kajian Awal
dc.typeArticles
dc.type.statusYes

Files

Original bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Penguasaan.pdf
Size:
452.64 KB
Format:
Adobe Portable Document Format

License bundle

Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description:

Collections