KEBIMBANGAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR KAUNSELING : MENEROKA FAKTOR PSIKOLOGI DAN STRATEGI MENGATASI
| dc.contributor.author | MUHAMMAD HAZZIQ IKHMAL BIN AHMAD ROZAIDI | |
| dc.date.accessioned | 2026-08-20T02:31:25Z | |
| dc.date.issued | 2025 | |
| dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meneroka kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar kaunseling dengan memberi fokus kepada faktor psikologi yang menyumbang kepada kebimbangan tersebut serta strategi mengatasi yang digunakan. Isu ini semakin penting memandangkan tekanan akademik, ketidaktentuan pasaran kerja, dan jangkaan sosial sering membebankan pelajar, khususnya dalam bidang kaunseling yang memerlukan komitmen tinggi secara teori dan praktikal. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes, melibatkan beberapa orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai peserta. Data diperoleh melalui temubual semistruktur dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kebimbangan kerjaya berpunca daripada ketidakpastian masa depan, tekanan untuk memenuhi jangkaan keluarga, dan keraguan terhadap kebolehan diri sendiri. Faktor psikologi utama yang dikenal pasti termasuklah tahap efikasi kendiri yang rendah, tekanan emosi, serta rasa tidak bersedia secara profesional. Dalam mengatasi kebimbangan ini, peserta menggunakan pelbagai strategi seperti mendapatkan sokongan sosial, pengurusan masa yang berkesan, amalan kesedaran diri (mindfulness), dan bimbingan kaunseling kerjaya. Kajian ini memberi implikasi penting kepada institusi pengajian tinggi dalam memperkukuh sokongan psikososial pelajar dan menyediakan intervensi yang sesuai untuk membina keyakinan serta kesiapsiagaan kerjaya dalam kalangan pelajar kaunseling. | |
| dc.identifier.uri | https://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/1665 | |
| dc.language.iso | Bahasa Melayu | |
| dc.publisher | UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK | |
| dc.relation.ispartofseries | Faculty of Cognitive Sciences and Human Development | |
| dc.subject | kebimbangan kerjaya, pelajar kaunseling, faktor psikologi, strategi mengatasi, kajian kualitatif | |
| dc.title | KEBIMBANGAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR KAUNSELING : MENEROKA FAKTOR PSIKOLOGI DAN STRATEGI MENGATASI | |
| dc.type | Final Year Project |
