Analisis Persepsi Gen Z Terhadap Lagu-lagu Melayu Sarawak
| dc.citation.epage | 10 | |
| dc.citation.spage | 1 | |
| dc.contributor.author | Rosnah Mustafa | |
| dc.contributor.author | Hamidah Abdul Wahab | |
| dc.contributor.author | Siti Marina Kamil | |
| dc.contributor.author | Remmy Gedat | |
| dc.contributor.author | Santrol Abdullah | |
| dc.contributor.author | Ting Su Hie | |
| dc.contributor.department | Faculty of Education, Language and Communication | |
| dc.coverage.spatial | Kuala Lumpur, Malaysia | |
| dc.coverage.temporal | 2026-07-11 | |
| dc.date.accessioned | 2026-08-28T03:37:54Z | |
| dc.date.issued | 2026-07-10 | |
| dc.description.abstract | Lagu, sama ada yang berbentuk klasik, moden, kontemporari mahupun yang berunsur etnik digubah dan dipersembahkan dengan dua tujuan utama. Pertama, ia dihadirkan sebagai satu bentuk hiburan, dan kedua, ia berfungsi untuk menasihati, mendidik, menyampaikan kritikan sosial, serta berpotensi untuk memberi refleksi nilai kehidupan dan pandangan hidup masyarakat. Dalam konteks negara Malaysia, terdapat lagu-lagu yang dicipta dalam bahasa yang pelbagai, seperti bahasa Melayu Standard, bahasa Inggeris dan tidak ketinggalan bahasa-bahasa etnik ataupun dialek negeri. Dewasa ini penyebaran dan perkongsian lagu-lagu lama dan baharu giat dijalankan dalam media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube, maka perbincangan mengenai inti pati dan kandungan lagu wajar dilakukan agar ia memberi ruang kepada pemikiran yang melangkau hiburan semata-mata, terutama kepada generasi muda. Berpaksikan keperluan ini, maka kertas kerja yang merupakan kajian rintis ini membincangkan persepsi Generasi Z anak negeri Sarawak terhadap inti pati dan keunggulan lagu-lagu Melayu Sarawak lama dan baharu. Menerusi pendekatan kuantitatif, kajian ini mengetengahkan persepsi generasi muda terhadap keunggulan lagu-lagu Melayu Sarawak dalam memberi nasihat, mendidik, menyampaikan kritikan sosial dan refleksi nilai kehidupan masyarakat Melayu Sarawak menerusi bait-bait dan lirik lagu dalam dialek Melayu Sarawak. Dapatan kajian dijangka akan menghasilkan pandangan positif anak-anak muda terhadap lagu-lagu Melayu Sarawak, sama ada dari segi bentuk hiburan dan juga fungsinya yang merangkumi nasihat, didikan, kritikan sosial berserta nilai kehidupan masyarakat Melayu Sarawak yang sarat dengan nilai murni. Kajian ini menyumbang kepada usaha pemeliharaan warisan budaya dan pengukuhan jati diri bangsa Melayu Sarawak melalui seni lagu yang sarat dengan nilai ilmu, mesej bermakna dan beridentiti tempatan. | |
| dc.description.presentationtype | Other | |
| dc.description.references | Uncontrolled Keywords: lagu Melayu, Sarawak, Generasi Z, bahasa, budaya. | |
| dc.description.sponsorship | UNIMAS | |
| dc.description.status | Published | |
| dc.identifier.citation | Mustafa, R., Abdul Wahab, H., Kamil, S. M., Gedat, R., Abdullah, S., & Ting, S. H. (2026). Analisis Persepsi Gen Z Terhadap Lagu-lagu Melayu Sarawak. 7th International Conference on Management, Education, Social Sciences and Innovation, (pp. 1-10). Kuala Lumpur, Malaysia. | |
| dc.identifier.email | mrosnah@unimas.my | |
| dc.identifier.uri | https://asianscholarsnetwork.com/ | |
| dc.identifier.uri | https://scholarhub.unimas.my/handle/123456789/1872 | |
| dc.relation.conference | 7th International Conference on Management, Education, Social Sciences and Innovation | |
| dc.title | Analisis Persepsi Gen Z Terhadap Lagu-lagu Melayu Sarawak | |
| dc.type.event | Conference | |
| dc.type.status | Yes |
